PEMBIAYAAN PERIBADI
Aktiviti perniagaan pembiayaan koperasi bermula sejak penubuhan koperasi dan merupakan salah satu aktiviti utama bagi koperasi. Pembiayaan sangat sinonim dengan koperasi kerana ramai anggota yang menyertai koperasi adalah di sebabkan kerana ingin memohon pembiayaan dengan koperasi.
Pada peringkat permulaan had pinjaman koperasi adalah sebanyak RM 10,000 dan tempoh pembiayaan adalah 5 tahun. Menjelang tahun 2010 jumlah pembiayaan di naikkan kepada RM 20,000 dan tempoh pembiayaan di kekalkan pada 5 tahun. Bermula pada tahun 2015 jumlah pembiayaan di naikan sekali lagi kepada RM 50,000 dan tempoh pembiayaan di panjangkan kepada 10 tahun.
Pemasaran yang di jalankan untuk aktiviti pembiayaan ini adalah dengan cara mengeluarkan memo pemberitahuan dana kepada semua anggota koperasi serta semua kakitangan universiti. Melalui pendekatan ini pihak koperasi mendapat sambutan yang sangat menggalakan daripada anggota untuk membuat pembiayaan dan pihak koperasi dapat mengeluarkan sejumlah pembiayaan yang besar kepada semua anggota. Selain itu, hebahan diantara anggota koperasi juga adalah salah satu sebab aktiviti pembiayaan ini menjadi sinonim dengan koperasi.